CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Sunday, May 13, 2007

The one with the butt

Bagi mereka yang pernah baca entry mengenai presiden France yang baru, Nicolas Sarkozy, aku ada tulis yang malam tu akan ada aktiviti bakar-membakar kereta sempena perlantikan dia.. So bawah ni aku ada kasik satu file youtube yang menunjukkan peristiwa malam tu.



Tak taule ape jadi ngan kami, warga-warga perancis yang asing macam aku ni..kebanyakkan program-program dia adalah untuk pastikan warganegara perancis yang betul dapat hak yang sepatutnye.. maksudnye cam ade keistimewaan skarang ni yang sume orang dpt ( baik orang asing yang menetap di perancis mahupun orang perancis yang duduk sekian lama kat sane) tp program2 die lepas ni mungkin akan lebih mengutamakan orang2 perancis yang duduk kat perancis sekian lama.. ini ada dua benda yang coincindence..

1) Salah satu sarkozy punye projek ialah orang2 asing kena dapat sijil yang sepatutnye dulu, sebelum dibenarkan menyambung pelajaran di sini. Sebelum ni, sesiapa je boleh belajar kat France ni. Sinikan kalo belajar kat universiti murah ( free education macam german) So, slame ni sesape yang nak belajar je datang ke mari dan masuk je universiti2. Skarang ni, sebelom datang, kene dapatkan sijil dulu (Bacalaureat kot) kalo xde sijil nak masuk universiti takleh datang.

2) Alkesahnye, kami pelajar-pelajar JPA, Petronas dan Telekom di Perancis ni memang x pernah ade bacalaureat pon sblom datang sini. Bacalaureat tu macam A level or STPM. Memandangkan kita ni lebih ikut British System ( SPM= O level), biasanya lepas SPM, kita akan datang ke France, belajar language dan juga belajar subjek2 n bab2 yang budak2 Bacalaureat belajar selama 2 tahun (1 tahun untuk petronas n telekom). Sekarang ni, ada gosip gosip menyatakan yang pelajar-pelajar Malaysia JPA yang biasanya akan 2 tahun preparation kat France akan buat preparation kat Malaysia dulu (untuk dapatkan sijil) sebelum datang ke France...

Tak taule kebetulan ke, ataupun memang dah perancangan jpa dari awal untuk jimatkan kos antar budak kat france ataupun gosip tu hanya sekadar gosip n ta betol.. tapi ape2 pon kalo sebab sarkozyle program ni kena ubah.. memang butt le sarkozy ni..

tapi aku xleh pulak nak cakap buat preparation kat France lagi bagus daripada kat Malaysia ataupun sebaliknya, tp aku sangat puas hati ngan preparation kat sini sebab environment ada sume, cepat sket masok otak, n profesor mase preparation center memang cikgu yang betol2 mengajar di sekolah ataupun universiti french.. so diorang tahu apa keperluan n base yang perlu ada untuk pelajar asing seperti kitorang ni untuk masuk ke School of enginnering..

Itulah yang aku rasa bestnye fly awal n buat preparation kat sini, walaupun kene korbankan keluarga sume, tapi bila dah masuk engineering school ni, rase cam pengorbanan yg x sia2 (ceh.. nak kasik motivasi kat orang2 yang masih kat preparation center)

So, sekian sahaja untuk ari ni..

DiEdit selepas dikomen oleh Zarf.. tp memeng seblom ni agak kucar kacir je bahase.. sblom ni aku tulis lepas bangun dari mimpi yang gigi geraham aku patah.. cuak..

3 comments:

Anonymous said...

ayat2 ko agak confusing n tidak lengkap.
contoh:
1st n 2nd coincidence tu.

Muzaffar said...

Ok.. aku dah edit.. harap xdele kucar kacir sangat ayat aku yg ni..

p/s: bace footnote kat bawah

Anonymous said...

hahha.xyah ler highlight sampai camtu.btw gigi ko patah betul ke tak?ahah.