CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Saturday, May 19, 2007

Cuti mode

Lame dah tak update blog.. aku dah hari ketiga cuti.. (dari khamis-ahad) n dalam beberapa jam je cuti aku abis.. aku tak balik umah sejak abis kelas ari rabu tu.. sebab tule aku x update blog.. asyik2 duduk ngan imaginary friend je so skali skala aku pon ke lille n bersosial ngan orang2 kat sana..

Selain bersosial dengan menonton filem beramai-ramai, (ugly betty sebanyak 2-3 episod, jangan pandang belakang, extreme engineering mengenai terowong smart) aku juga menonton series2 n benda2 yang menarik yang boleh didapati dari youtube (terutamanya hal yang berkaitan ngan bumbung bocor yang sedang hangat diperkatakan di Malaysia.

Aku tak mahu melibatkan politik dalam blog ni, belum tibe masanya agi untuk aku jadikan blog ni sebagai tempat meluahkan perasaan pasal politik Malaysia, tetapi apa2 pon, diharapkan pada masa2 akan datang, orang dapat menilai sesuatu benda melalui darjah keremehan dan kepentingan. Kadang-kadang, ada benda yang layak dibicara panjang dan adakalanya, sesuatu benda itu tidak relevan untuk diperkatakan dengan begitu panjang. Oleh itu, silalah berfikir dengan betul2 sebelum anda memberi idea anda untuk sesuatu benda yang dibincangkan sama ada idea itu harus diberi ataupun disimpan sahaja daripada dipanjangkan cerita.

Berbalik kepada cuti aku tadi. Memandangkan blog ini agak international (bak kata shamil) aku sarankan website-website n cerita2 yang boleh ditengok untuk anda semua, di kala kebosanan tak tahu nak buat apa.

http://www.veoh.com
Mende ni macam youtube cuma yang kat veoh ni leh download terus.. antara cerita2 yang boleh ditonton ialah fara fauzana, jangan pandang belakang n emil emilda. Fara fauzana ni cerita pasal farah fauzana, dj PANAS FM (hot fm) n kisah kehidupan yang bagi pengajaran jugak le. Tp before tgk kat veoh, kene tengok kat youtube dulu episod 1-10. Jangan pandang belakang, cite antu yang pecahkan rekod sembilu 2. Sebenarnya, sangat hebat untuk cite ni pecahkan rekod sembilu 2. Atas dasar dulu, takde cetak rompak ataupun torrent, so skarang ni memang susah utk sesebuah filem pecahkan rekod kutipan filem2 lama. Last skali, emil emilda, daily update, cerita ni cam devils wear prada + ugly betty. + yo soy betty la fea. Lakonan sharifah amani, agak kiut gak le

http://www.tv-links.co.uk
Ini ada address website2 untuk tengok sama ada series, anime, cartoon atau movies online. Quality boleh tahan. kat sini le aku layan series2 aku. Ada separuh yang updated but ade yg tak update, so kalo nak tengok, kene download torrent sendiri. Silalah tengok sleepers cell, cerita terrorist islam kat amerika. Cerita ni cam nak baikkan nama orang islam tp adakah dia memburukkan orang islam atau cuba menunjukkan islam yang sebenar, korang kasikle pendapat lepas dah tgk. N satu soalan aku nak tanye, dalam citer sleepers cell, adekah brother fariq seorang islam atau yahudi?




SO enjoy menonton link2 yang aku bagi.. kalau sesiapa yang tension2 sempena musim exam ni, release2 le tension sket , tgk farah ke, jgn tgk datin diaries, nanti smakin tertekan.

3 comments:

Anonymous said...

hugaa. syoknye. trimaSs for the link!

Muzaffar said...

same2.. ingat tau.. jangan tgk datin diaries.. nanti dari nak release tension terus tension..

hazwanzainal said...

dpt gak aku tgk jgn pandang blakang.seram woo.ahaks.thnx. p/s:shamil dinasihatkn jgn tgk cite ni.ahaks.