CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Wednesday, May 30, 2007

Kawan episod 2, the new home



Dedikasi untuk kawan-kawan dekat la rochelle.

Thursday, May 24, 2007

Kawan season 1, episod 1, pilot



Video ni aku buat malam sebelum exam algo et programmation.. saje release tension.. Nama2 n watak2 ni aku pakai name member2 aku yg duduk kat lille.. takde kene mengena tau ngan diorang.. saje pakai name diorang.. baru aku leh bayangkan character watak2 aku dlm ni..

Tuesday, May 22, 2007

The one with the test

Leaderboard
Create your own Friend Test here

Saturday, May 19, 2007

Cuti mode

Lame dah tak update blog.. aku dah hari ketiga cuti.. (dari khamis-ahad) n dalam beberapa jam je cuti aku abis.. aku tak balik umah sejak abis kelas ari rabu tu.. sebab tule aku x update blog.. asyik2 duduk ngan imaginary friend je so skali skala aku pon ke lille n bersosial ngan orang2 kat sana..

Selain bersosial dengan menonton filem beramai-ramai, (ugly betty sebanyak 2-3 episod, jangan pandang belakang, extreme engineering mengenai terowong smart) aku juga menonton series2 n benda2 yang menarik yang boleh didapati dari youtube (terutamanya hal yang berkaitan ngan bumbung bocor yang sedang hangat diperkatakan di Malaysia.

Aku tak mahu melibatkan politik dalam blog ni, belum tibe masanya agi untuk aku jadikan blog ni sebagai tempat meluahkan perasaan pasal politik Malaysia, tetapi apa2 pon, diharapkan pada masa2 akan datang, orang dapat menilai sesuatu benda melalui darjah keremehan dan kepentingan. Kadang-kadang, ada benda yang layak dibicara panjang dan adakalanya, sesuatu benda itu tidak relevan untuk diperkatakan dengan begitu panjang. Oleh itu, silalah berfikir dengan betul2 sebelum anda memberi idea anda untuk sesuatu benda yang dibincangkan sama ada idea itu harus diberi ataupun disimpan sahaja daripada dipanjangkan cerita.

Berbalik kepada cuti aku tadi. Memandangkan blog ini agak international (bak kata shamil) aku sarankan website-website n cerita2 yang boleh ditengok untuk anda semua, di kala kebosanan tak tahu nak buat apa.

http://www.veoh.com
Mende ni macam youtube cuma yang kat veoh ni leh download terus.. antara cerita2 yang boleh ditonton ialah fara fauzana, jangan pandang belakang n emil emilda. Fara fauzana ni cerita pasal farah fauzana, dj PANAS FM (hot fm) n kisah kehidupan yang bagi pengajaran jugak le. Tp before tgk kat veoh, kene tengok kat youtube dulu episod 1-10. Jangan pandang belakang, cite antu yang pecahkan rekod sembilu 2. Sebenarnya, sangat hebat untuk cite ni pecahkan rekod sembilu 2. Atas dasar dulu, takde cetak rompak ataupun torrent, so skarang ni memang susah utk sesebuah filem pecahkan rekod kutipan filem2 lama. Last skali, emil emilda, daily update, cerita ni cam devils wear prada + ugly betty. + yo soy betty la fea. Lakonan sharifah amani, agak kiut gak le

http://www.tv-links.co.uk
Ini ada address website2 untuk tengok sama ada series, anime, cartoon atau movies online. Quality boleh tahan. kat sini le aku layan series2 aku. Ada separuh yang updated but ade yg tak update, so kalo nak tengok, kene download torrent sendiri. Silalah tengok sleepers cell, cerita terrorist islam kat amerika. Cerita ni cam nak baikkan nama orang islam tp adakah dia memburukkan orang islam atau cuba menunjukkan islam yang sebenar, korang kasikle pendapat lepas dah tgk. N satu soalan aku nak tanye, dalam citer sleepers cell, adekah brother fariq seorang islam atau yahudi?




SO enjoy menonton link2 yang aku bagi.. kalau sesiapa yang tension2 sempena musim exam ni, release2 le tension sket , tgk farah ke, jgn tgk datin diaries, nanti smakin tertekan.

Monday, May 14, 2007

The one with the cuffs

Memandangkan summer makin dekat n ramai orang yang decide nak berjalan2 sewaktu summer ke negara lain, di sini, aku nak kasi sedikit nasihat yang sangat penting sewaktu berjalan-jalan. Nasihat ni bertujuan untuk mengelakkan segala masalah yang bakal timbul dengan polis2 di negara yang dilawati.. Ingat, bukan sumer polis melayan pelancong sebaik2nya (contoh polis dublin yang sanggup mengambil gambar untuk pelancong or polis itali yang sanggup bergambar dengan pelancong)

Malah, wujud juga polis2 jahat seperti polis sakorzy yang kalo nampak kamu berjambang berjanggut bertudung sket, mulalah id kamu dicheck..

jangan jadi seperti mamat2 ini yang ditahan polis dan hampir masuk lokap.. nasib baikle ade seorang travel agent yang sangat hebat berdebat dengan polis itu dan mempertahankan maruah pelawat2 itu..



Oleh yang demikian, inilah nasihat2 yang ingin diberikan sebelum masuk negara orang

1) Pastikan yang korang perlu visa atau tidak untuk melawat sesebuah negara tu. Passport Malaysia memang macam kebal n boleh masuk kebanyakan negara tp bear in mind yang ada separuh negara terutamanya negara ex komunis yang perlukan visa sebelom korang masuk negara tersebut. Untuk maklumat lanjut, sila ke laman web ini.

2) Ada separuh negara yang perlukan visa untuk stay lebih sekian hari n kalo anda merancang untuk stay lebih hari kat negara tersebut, cuba buat visa di negara itu sendiri. Biasanya lebih murah

3) Kalau anda memang sure negara yang anda lawati x kena visa, sila jangan bayar apa2 bayaran yang dikatakan anda perlu bayar. Cuma cakap it's bullshit kalau orang2 negara tu suruh buat visa. Ingat, bukan sume polis kat dunia ni x makan rasuah.

4) Pastikan yang passport anda dicop masuk sebelum masuk sempadan. Untuk setengah2 sempadan yang x cop paspot, sila dapatkan informasi sebaik sahaja anda sampai ke orang yang jaga sempadan (biasanya dover-calais, terminal 3 france sgt jarang cop paspot) Kalauleh paspot anda memang x dicop atas kemalasan orang france , pastikan anda sentiasa bersama tiket masuk n tiket balik bersama anda ( ni yang berlaku kepada mamat2 di atas)

5) Senang2 cita, kalau anda ada masalah visa ke, passport ke, takyah jelah jalan.. daripade bazir duit burn, baik takyah jalan....

bagi mereka yang bercuti, selamat bercuti.. bagi yang melancong, bonne voyage n mereka yang kene menelaah pelajaran.. hahahah.. padan muke!.. huhuh

Sunday, May 13, 2007

The one with the butt

Bagi mereka yang pernah baca entry mengenai presiden France yang baru, Nicolas Sarkozy, aku ada tulis yang malam tu akan ada aktiviti bakar-membakar kereta sempena perlantikan dia.. So bawah ni aku ada kasik satu file youtube yang menunjukkan peristiwa malam tu.



Tak taule ape jadi ngan kami, warga-warga perancis yang asing macam aku ni..kebanyakkan program-program dia adalah untuk pastikan warganegara perancis yang betul dapat hak yang sepatutnye.. maksudnye cam ade keistimewaan skarang ni yang sume orang dpt ( baik orang asing yang menetap di perancis mahupun orang perancis yang duduk sekian lama kat sane) tp program2 die lepas ni mungkin akan lebih mengutamakan orang2 perancis yang duduk kat perancis sekian lama.. ini ada dua benda yang coincindence..

1) Salah satu sarkozy punye projek ialah orang2 asing kena dapat sijil yang sepatutnye dulu, sebelum dibenarkan menyambung pelajaran di sini. Sebelum ni, sesiapa je boleh belajar kat France ni. Sinikan kalo belajar kat universiti murah ( free education macam german) So, slame ni sesape yang nak belajar je datang ke mari dan masuk je universiti2. Skarang ni, sebelom datang, kene dapatkan sijil dulu (Bacalaureat kot) kalo xde sijil nak masuk universiti takleh datang.

2) Alkesahnye, kami pelajar-pelajar JPA, Petronas dan Telekom di Perancis ni memang x pernah ade bacalaureat pon sblom datang sini. Bacalaureat tu macam A level or STPM. Memandangkan kita ni lebih ikut British System ( SPM= O level), biasanya lepas SPM, kita akan datang ke France, belajar language dan juga belajar subjek2 n bab2 yang budak2 Bacalaureat belajar selama 2 tahun (1 tahun untuk petronas n telekom). Sekarang ni, ada gosip gosip menyatakan yang pelajar-pelajar Malaysia JPA yang biasanya akan 2 tahun preparation kat France akan buat preparation kat Malaysia dulu (untuk dapatkan sijil) sebelum datang ke France...

Tak taule kebetulan ke, ataupun memang dah perancangan jpa dari awal untuk jimatkan kos antar budak kat france ataupun gosip tu hanya sekadar gosip n ta betol.. tapi ape2 pon kalo sebab sarkozyle program ni kena ubah.. memang butt le sarkozy ni..

tapi aku xleh pulak nak cakap buat preparation kat France lagi bagus daripada kat Malaysia ataupun sebaliknya, tp aku sangat puas hati ngan preparation kat sini sebab environment ada sume, cepat sket masok otak, n profesor mase preparation center memang cikgu yang betol2 mengajar di sekolah ataupun universiti french.. so diorang tahu apa keperluan n base yang perlu ada untuk pelajar asing seperti kitorang ni untuk masuk ke School of enginnering..

Itulah yang aku rasa bestnye fly awal n buat preparation kat sini, walaupun kene korbankan keluarga sume, tapi bila dah masuk engineering school ni, rase cam pengorbanan yg x sia2 (ceh.. nak kasik motivasi kat orang2 yang masih kat preparation center)

So, sekian sahaja untuk ari ni..

DiEdit selepas dikomen oleh Zarf.. tp memeng seblom ni agak kucar kacir je bahase.. sblom ni aku tulis lepas bangun dari mimpi yang gigi geraham aku patah.. cuak..

Friday, May 11, 2007

The One with the Cop

Bulan mac yang lalu (dah dua bulan dah mende ni jadi tp baru ade blog kan.. sure boleh lah share experience) Awan ngan kawan2 datang dari Manchester.. Lille ni, takdelah kecik sangat (awan pon akui) tp, memandangkan takde benda yang nak dibuat kat Lille ni, so macam biasalah, aku pun bawak awan dan kawan-kawan dia ke Brussels. Tujuan entry ini dibuat adalah untuk menyatakan kepada orang-orang yang akan melawat Lille nanti, inilah tempat-tempat yang aku akan bawak korang kalau korang datang..

Awan sangat bertuah, memang awan bawak tuah.. (untuk orang yang tak kenal.. Awan ialah nama kawan aku) Macam biasa, kalau ada orang yang lebih daripada 3 orang datang, aku amat suggest untuk sewa kereta.. bukan sahaja aku leh praktis skil bawak keta aku, malah, memudahkan perjalanan dan menjimatkan kos..

for example: tiket pegi balik dari brussels ke lille ialah 32 euro sorang..

tapi dengan menyewa kereta.. awan dan rakannya bayar dalam 150 euro untuk lille=brussels=gant dan aku hantar die ke paris.. bear in mind ye yang tiket gi paris je dah 27 euro sorang n harga2 yang aku amik ni yang termurah tau..

N ape yang bestnye, aku biasenye sentiasa order C3 untuk bawak tetamu jalan.. tp hari tu aku tertekan C4 mase order kereta.. n in the end, macam ade promotion kat tempat sewa keta tu, dapat C5.. malah ada GPS lagi dalam tu

(bagi mereka yang blur.. C3= kancil, C4= kelisa C5= perdana)

Perjalanan Lille ke Brussels mengambil masa lebih kurang 1 jam 15 minit menaik kereta yang aku pecut. Normally, memang biasanya kalo sampai, aku akan parking kereta kat Gare Midi n lepas tu kita akan naik tram untuk berjalan-jalan sekitar Brussels. Destinasi pertama ialah Grand Place Brussels. Benda ni ala-ala Trafalgar square kat London.. n dekat sini adalah square yang besar.. kadang2 ada macam orang susun-susun bunga kat atas square ni.. and kat sini sgt sesuai untuk tangkap gambar.. Ada Hotel de Ville dia ... untuk orang2 yang bercakap bahse omputeh.. Hotel de Ville ni kirenye macam umah tok penghulu je sebenarnye.. tempat wakil rakyat duduk..

Lepas melawat Grand Place, biasanya aku akan bawak pelawat-pelawat aku berjalan-jalan di jalan2 yang banyak kedai2 kat sini and windows shopping.. lepas tu, kita akan berjalan-jalan melihat keindahan bandar Brussels ni sampailah ke destinasi seterusnya, Mannekan Piss, patung budak kecik yang kencing dan berpakaian mengikut musim..

Mengikut sumber-sumber ilham yang boleh dipercayai, Mannekan Piss ni macam simbol keamanan orang2 Belgium ni.. patung ni dulu ade kene mengena waktu perperangan..
Benda ni macam Uncle Sam le kot kalo kat US... (Cehh.. bangge lak aku kenal Uncle Sam) N sambil-sambil menonton Mannekan Piss dan menangkap2 gambar, aku pun mengambil kesempatan untuk melantak... apa lagi yang enak dimakan dan hanya enak dan sdap di Brussels sahaja kalau bukan Gaufre..

Nak tau Gaufre tu ape.. tgkle gambar budak2 tgh melantak gaufre kat atas tu.. ada macam-macam perisa dan harga, kalu kat tempat2 biasa, gaufre biasenye ada perisa jam, nutella, gula, tapi kat sini ada perisa coklat yang betul2 pure belgium coklat, baik coklat putih mahupun black coklat.. pastu ada yang ada hias-hias ngan strawberry semua, siap ada whipped krim sume.. macam-macam perisa ada.. harga ranging dari 2 euro ke 4 euro.. perlunye makan waffle kat Brussels ni ibarat perlunya makanan donut kat ireland le.. or perlunye makan muffin kat Harrords.. Lepas makan waffles, kitorang makan lagi.. kali ni makan untuk lunch.. lepas tu, shopping, apa lagi kalau kat belgium ni yang boleh dishopping selain belgian chocolate.. sangat murah dan sedap.. kalau bawak orang shopping.. orang2 yg x membeli ni boleh dapat free taste coklat tau.. n harga cam dalam 20 euro dpt 8-9 kotak..

Normally, jalan-jalan kat bandar bruxelles akan mengambil masa lebih kurang 3 jam.. and lepas tu.. memandangkan kitorang ada banyak masa, kitorang pon bergerak ke atonium ataupon mini europe.. benda ni sangat seswai untuk orang2 yang nak seb bajet travel europe tapi nak koya kat sume orang deme ni duduk eropah..

Kat dalam ni ada replika2 semua bandar kat europe.. dibuat sempena Brussels ni merupakan capital europe..

Maaflah, takde gambar untuk bende ni.. harap Awan dapat poskan gambar-gambar yang ada kat dalam mini europe boleh buat show off dalam blog..

N, orang biasenye habiskan mase stengah jam dalam mini europe unless orang tu cam tak pernah kluar dari dunia dia lah kan.. nampak tu sikit.. tangkap gambar.. nampar big ben yang ade kat depan mate.. nak tangkap gambar.. kat westminster abbey,, nak gak.. itu mahu 2-3 jam le abis.. (ade orang terasa ke? kalau ade provocation, baru orang tinggal comment.)

N lepas jalan-jalan kat mini europe ni.. bolehle kalau nak tgk atonium, science center yang dibuat dalam bentuk2 atom.. by the way, tiket masuk ke mini europe adalah 11 euro lebih camtu.. perjalanan brussels ke mini europe, stengah jam kalo ade gps n 2 jam stengah kalo xde gps.. jalan balik, 10 minit kalo ade gps (untuk kuar ke highway) and 3 jam kalo xde gps.. so.. ucapkanlah trime kasih kepade engineer n bakal2 engineer telekom yng berperah otak buat gps pakai c++.. lupe letak { satu je.. satu program x jadi..

begitu sahajalah untuk kali ini.. nak buat evaluation sblom blah..

tempat melawat 2/5 (takdele banyak sangat yg boleh dilawat.. kalo 1st time dtg okle.. cam aku dah 3 kali n sgt muak)
tempat makan 3/5 (apa yang ada kat france, ada kat brussels .. kebab sume.. kecuali kfc)
shopping 2/5 (sgt sesuai utk shoppong coklet)
communication 3/5 (sgt havoc n best sebab gi ngan awan.. dengar bebelan die dalam kete.. + ungkit mengungkit n gosip..)
easy access 2/5 (kalo nak drive.. kalo xde gps.. mintak maaflah ye.. lupekanjelah.. jadi hint kepada orang2 yg nak aku bawak jalan, sila sewa C5)
Perbelanjaan 5/5 (Memandangkan awan support, so aku kasik full mark kat ni)

A+ untuk citer aku seterusnya..
Tajuk blog ini adalah sempena awan dan kawan-kawannya ini ditahan polis kat france sebab masuk secara haram di France.. kalo nak tau cite slanjutnye.. tulis kat komen ( cara-cara desperate mintak orang komen)

Wednesday, May 9, 2007

B10 examination

Wish me luck for my B10 examination - Introduction to telecommunication exam.

Tuesday, May 8, 2007

The one with Matno's sister



Sebaik sahaje aku pulang dari ireland, keesokan harinye, aku decide untuk pegi ke london, ikut matno. In fact, kakak matno datang dari Malaysia and buat tour around europe, n aku cam rase sangat teringin utk pergi membeli kicap dan cili soso kat london, jadi aku pon meng offer matno untuk temankan die meneman kakak die di london.

Kami bertolak dari Gare Lille Europe jam 1 ptg, menaiki bas Eurolines.. harganya hanya 60 euro pergi balik. Mengikut tiket, perjalanan akan mengambil mase lebih kurang 7 jam.. nampak macam lame tp sebenarnye die mengambil mase 1 jam stengah lille-calais, 1 jam stengah naik feri calais- dover n bakinye dover ke london. Jadi, takdele sakit bontot sangat sbnarnye duduk dlm bas.

Kitorang naik bas yang on the way dr amsterdam ke london. Jadi ramaile orang yang bercakap bahasa dutch dlm bus. event drebar bas pon x reti ckp bahase french.. mase kat kastam die yo yo je cakap panjang gile dlm bahasa dutch, pastu dlm english sume.. ladies n gentleman, we are arriving at calais sume... tp dlm bahase french, madame monsieur, passport...

skarang ni adalah amat berbahaya kalo orang2 nak masuk uk melalui calais... kastam-kastam dekat calais sgt berjaga2 dgn orang malaysia terutamanya yg masuk uk melalui london sbb diorang saspek org2 malaysia nak keje sana masuk dr calais. mase rombongan kakak matno masuk london dulu, ade 17 org kene tahan kat sempadan sbb diorang saspek keje kat london.

Kitorang pon kene amik mase yg lame utk lepas sempadan.. kat 5-6 minit gakle kene soal siasat.. kitorang org terakhir dlm bas kitorang yg masuk bas.. lepas tu dah kire slamat le... masuk ferry.. p n o.. ferry yg kitorang naik bukan cam feri pulau pinang tau.. dalam ferry ade game, restoran sume.. kat dalam tu cam biasele.... kitorang makan fish n chip dan dessert.. dekat 15 euro.. skali ngan air n my fav cake of all time, cheese cake ngan blueberry..

Sampai2 london dlm pukul 7 ptg local time... sampai2 cam biasele.. tukar pound kat victoria station.. lepas tu naik tube, ambil yang daily tube nye tiket 5 pound 10, n berangkat ke edgware road, utk ke restoran mawar, n makan makanan malaysia.. lepas tu.. sampai2, mawar tutup.. hampanye.. dahlah tgk kelaparan.. kitorang decide utk ke malaysian hall kat queensbay.. cet.. cafe malaysian hall pon tutup.. malangnye nasib kitorang hari tu.. time tu nak carik nando's sume x jumpe.. time kite lapar tu sume takde.. last2, makan jelah ape yang ade kat bayswater tu, kat kedai india..

Lepas makan, aku ngan matno ke hard rock cafe, satu stesen tube lepas knightsbridge (picadilly line) dekat2 ngan hyde park (tmpt mahathir suke joging mengikut kate kakak matno) dan hard rock cafe tu sebelah limkokwing... tgkle baju hard rock yg aku beli tu..dari hard rock, kitorang jalan sepanjang knightsbridge tu.. hingga ke harrord melihat suasana harrords waktu malam dengan sinar lampu bergemerlapan di malam hari.. Lepas jalan2 kat hard rock tu, kitorang decide utk balik ke umah member aku, biskut n azman kat manor house yg terletak dekat ngan stadium emirates arsenal.

Esoknye, kami bangun pukul 3 pagi untuk menonton amazing race di mana menyaksikan penyingkiran oswald n danny, lepas tu kitorang tido sampai pukul 9 pagi local time n bertolak ke pekan london.. satu lagi tip ialah untuk sentiasa bertolak selepas kul 9 utk pastikan yg anda dpt tiket daily waktu non peak hour.. sebab harganya berbeza 1 pound dgn waktu biase.. kitorang amik kakak matno n kawannye kat ibis earl's count.

dari situ kitorang ke malaysian hall, n hantar barang2 kakak matno.. penginapan kat malaysian hall london adalah lebih kurang 11 pound utk malaysian non student n 9 pound utk student.. time kitorang gi tu tak ramai orang dtg sebab time tu exam week.. so destinantion pertame... cari tiket mereka utk ke gatwick airport esok.. lepas melawat hampir semua train station kat situ, waterloo, rupe2nye nak gi gatwick adalah melalui victoria station, ade express gatwick ala2 klia express..

kitorang kemudiaanye gi trafalgar square, tempat banyak cite2 bollywood dirakamkan.. n also tempat peringatan battle of trafalgar.. kitorang pon amik tube dari waterloo ke charing cross.. n ramainye orang ke trafalgar square.. dari situ.. amik2 gambar semua dan berjalanlah kitorang ke tempat tumpuan semua tempat2 menarik kat london, westminster abbey, parliament house, big ben n tower bridge..


lepas tu mcm baru sedar selalu berada salah anggap antara london bridge n tower bridge.. orang slalu ingat tower bridge ialah london bridge.. so.. tgk 2-2 gambar ni n decide mane satu tower bridge n london bridge yang kat dalam lagu london bridge is falling down tu..













Lepas tu, kami sekali lagi membuat tour cam smalam, dari green park- hyde park, hard rock cafe n ke harrords.. cume kali ni, kitorang masuk mende2 ni sume.. n kat harrords.. susah payah aku carik muffin yng zeff war-warkan sebagai the best muffin in london..

Kitorang lepas tu meneruskan misi mencari makanan malaysia cam smalam.. kali ni lagi melampau.. dari mawar yg tutup.. kitorang ke restoran mara yang ade 2 tahun lepas tp dah xde dah skarang kat edgware road.. pastu ke malaysian hall yg tutup (sampai sini kakak matno n kawannye kitorang tinggalkan.. sian die jalan sparuh hari) lepas tu.. ke restoran nahar kat padington yg tutup lepas pukul 3 sampai 6.. in the end.. macam biase, kitorang makan kat kedai india je.. n kali ni.. kitorang habiskan lebih kurang 50 euro untuk 3 course meal..

lepas tu.. kami hantar makanan utk kakak matno.. sblom berpisah n memulakan sesi bershoping kitorang kat oxford street.. kitorang memulakan perjalanan kitorang dari edgware road ke hujung oxford street melalui belbagai2 jenis butik2 termasuk niketown, mark n spenser, zara yang bersepah2 hinggalah ke kedai paki kecik2 yang jual baju2 cantik2 n murah2..

lepastu, kami ke leicester square utk misi sebenar aku.. mencari kicap n cili sos.. malangnye kedai tutup kul 7 n kitorang sampai lebeh kurang pukul 7 suku camtu.. so, kitorang usha2 kedai2 yang ada n decide utk kembali keesokan harinya..

Malam tu, akhirnya misi untuk memakan makanan malaysia menjadi kenyataan apabila kitorang sampai kat padington, restorang nahar kat bangunan mara.. bagi mereka2 yg nak kene nahar.. senang saje.. dari stesen tube padington, sila menghadap hilton, pusing kiri, n take the first left until penghujung jalan, nahar ade kat underground bangunan mara..

kitorang balik malam tu n besoknye.. bertolak lambat sikit lepas peak hour untuk meneruskan shopping makanan asia, aku borong maggi, kicap, sos, dodol, kaya, perencah nasi goreng sume, root beer, milo.. huhuh habis duit aku kat 20 pound. untuk mereka2 yg nak beli milo, make sure milo anda bukan buatan kenya..

lepas tu kitorang lunch balik kat nahar n ke victoria station utk pulang semula ke france. unlike waktu kitorang gi, mase balik kitorang naik eurotunnel.. sangat excitedle mule2 ingat dpt lalu dalam terowong sume cam terowong karak tu.. rupe2nye eurotunnel ni hanya merupakan sebuah tren, di dalam tu berisi semua kereta2 n tren tu yang bawak kitorang merentas selat inggeris.. hancur harapan seketika..

so, itu sahaja untuk trip kali ni.. sebenarnye mende ni ditulis waktu tgh stadi telecommunication nye nota so cam in kind of rush tapi cam nak tulis mende.. so kalo ade pape yang rase tak cukup ke ape.. tinggalkanle comment..

terima kasih kat biskut n azman yang menyambut aku ngan aman dan damai walaupun aku cume sound satu ari sebelom nak ke sane.. trime kasih kepada awan yg menjawab panggilan telefon memberi direction ke tempat2 kat ctu.. n terime kasih kepade matno yg menyebabkan aku x berjalan ngan imaginary friend aku..

evaluation trip:

tempat melawat 3/5 (aku cam melawat tempat2 basic kat sini.. tp memandangkan ianya 3 days trip so banyak tmpt yang aku dah lawat or aku x lawat)
tempat makan 5/5 (makanan halal bersepah, nandos ade yg halal, makanan malaysia, perfect!)
shopping 4/5 (ar u kidding.. this is shopping paradise)
communication 3/5 (Pegi sane jumpe member, pegi ngan member sume.. best)
easy access 4/5 (Ade tube sume.. kalo nak travel, sama ade naik tube or bus)
Perbelanjaan 1/5 (Mahal sangat, kalo nak ke sane make sure plan kewangan btol2)



Monday, May 7, 2007

The one with the new millionnaire



Habis dah satu lagi season amazing race. One of my fav since orang-orang kat sini semuanye aku kenal sbb aku tgk hampir semua season amazing race. Sblom race, aku cam harap John Vitto n Jill or Oswald n Danny dpt gi jauh. Tapi mule2 lagi dah cam hampe sebab John Vito Jill terkeluar first. Nak buat camne, dah xde rezeki n dpt driver taxi chiant..

Oswald n Danny, aku just sronok tgk camne diorang enjoy every single moment on the race. Mase kat season 2 dulu le terutamanye camne diorang walaupun kaki sakit awal2 race bengkak sume dpt gi jauh sampai no 4, pastu jln-jln n lepak2 sume esp kat hong kong, quite impressionant..

Amazing race kali ni lebih bermakne sebab kali ni, lepas sekian lame diorang enter Malaysia n ade pitstop kat Malaysia.. aku memang bangun seawal pg kul 6-7 pg utk dl episod kat malaysia tu n tgk.... sedeh tgk uchenna ngan joyce tereliminate kat Malaysia..

N bile dah final smalam, sejak oswald n danny kuar aku xde le any particulier team yg aku harap menang ( tp cam harap2 charla mirna menang sket ade kot) n bile eric n dannielle menang, aku cam rase ok le, deserving gak..

lepas byk cabaran.. dua kali kena yield, tertinggal flight 2 kali.. kene mark elimination, tak pernah menang any league.. danielle membuktikan yang die ni the smartest of all blonde dgn dpt menyelesaikan kuiz sblom final sprint...

dengar cite lepas ni dah x de amazing race ..harap2 tak btol sbb aku xleh bygkan kehidupan mendownload aku tanpa amazing race ngan survivor.. minggu depan survivor finale lak.. tak tau le sape yg menang.. harap2 yau man menang tp orang sume cam dengki kat die.. n aku memang tiap tahun cam minat orang2 underdog sket.. nak2 si yau man tu org malaysia..

sblom blah.. ni antara team2 yg aku harap dpt masuk all star tp x dpt.. nak wat camne..

1) Tara n Wil (season 2)
2) fRANk n Margarita (season 1)
3) Drew n Flo ( Season 3)
4) David n Jeff (season 4)
5) Meredith n Gretchen (season 7)
6) Mak Paolo n anak paola (season 8)

tu jela kot.. sbnarnye aku baru sedar sgt best kalo jumpe orang yang punye interest ngn kite.. cam mase aku kat la rochelle dulu.... aku sorang je yg tgk amazing race ngan survivor so cam kadang2 kalo nak bincang aku cume bincang ngan imaginary friends aku je.. cam skarang ni, satu rumah kat lille ni tgk amazing race, survivor, house, heroes, friends sume n rase sronok bile dpt bincang, discuss n tgk sesame...

aku harap cbs dpt buat something agi best in the future.. i was thinking of the survivor race.. n ni antara team2 yg aku cadangkan ..

1) Arras n Cirie
2) Yul n Becky
3) Jenna n Ethan
4) Yau Man n Earl
5) Steph n Bobby John

ni aku nye angan2 je.. hahah.. macamler mamat cbs tu leh faham aku tulis.. maybe kalo ade orang yang share the same interest as me.. leh reply kat entry ni...

Sunday, May 6, 2007

Meet our new president...


Hari ni berlansungnye piihanraya president france.. dan Nicholas Sarkozy, dari parti UMP dipilih untuk jadi Presiden France yang ke 23. Aku cam tak brape suke sgt dengan die ni. So, agak tak best jugak le die ni dipilih jadi presiden. Antara sbb2 yang aku tak brape berkenan dgn die sgt ialah

1) salah satu projek die adalah untuk mengubah polisi imigration. Dia ni antara orang yg bgitu against dengan orang2 arab dekat2 ngan kawasan pinggiran bandar. Dijangkakan yang dia akan menghantar balik imigran2 yang takde permit.. dan dia akan perkenalkan 'imigrasi bersyarat' aku cam risau yang banyak privillege2 yang orang asing dpt skarang x akan ada satu ari ni.. seperti pluang buat kerja waktu musim panas, bantuan tempat tinggal kerajaan dsb

dia sangat against dengan kemasukkan turkey ke dalam eropah. aku pernah ke turkey dan ade gak kawan2 turkey. berdasarkan borak2 aku ngan mereka, dan penilaian aku sendiri berdasarkan visit aku ke turkey, aku rase turki layak masuk eropah, memandangkan terdapat sebahagian daripada kawasan turki sendiri terletak dalam kawasan eropah, so, die ada hak sbg sebuah negara eropah. furthermore, siape yang tetapkan border eropah asia? where is the geographic border n the geopolitic border?

memandangkan ni merupakan pilihanraya terakhir aku sebelum balik malaysian (insya allah) aku macam harap dapat tgk dengan lebih jelas apakah yang dikatakan dengan perubahan ideologi.. bagaimanakah dari satu ideologi ke satu ideologi yang lain, ape kesan terhadap sesebuah negara, terutamanya negara maju.. tp malangnya, kekalahan segolene royal smalam 47 pratus berbanding 53 pratus, menyebabkan aku mungkin x dpt tgk perubahan ideologi sampai bile2. tapi, mungkin dalam masa lima tahun nanti ade perubahan kat france..

dijangkakan malam ni akan ada penduduk2 n pendatang2 asing akan mengamuk sempena kemenangan sarkozy ni. akan berlaku kucar kacir sket kat france ni... kita tunggu dan lihat sahajalah

apa2 pon, harapkan semua berjalan lancar ngan kehidupan kat sini. harap2 takde le aku kene antar balik lepas ni sebb taknak ade student asing kat france..

Saturday, May 5, 2007

The One With The Ultimate Fighting Champion


Alang-alang dah sampai Ireland punya pulau, aku decide untuk melawat Belfast, the largest city in North Ireland and the second largest city in pulau Ireland (of coz lepas Dublin)

So, from Dublin, aku decide untuk buat daily trip ke belfast bersama my imaginary friend dengan naik bas. 20 euro bas, pergi balik, perjalanan 3 jam, aku bertolak dalam pukul 10 dan sampai lebih kurang pukul 1. Macam ramai orang ingat (termasuk aku) since north ireland pakai pound, so mesti cam ade kastam cek nye antare sempadan nanti suma. Actually, once dah dapat masuk visa ke ireland (bende c0p2 tu) benda tu boleh guna untuk bergerak dalam pulau ni. So, kita tak sedar le dah sampai Belfast ke tak, sedar sedar plate kereta dah ubah n harga kat stesen minyak dah dalam pound.

Normally, as kita sampai kat belfast, kita akan sampai stesen bas sebelah sebuah hotel yang sangat besar, Europa Hotel. In fact, later, aku tau yang hotel ni merupakan hotel yg paling banyak kena bom dengan Ireland (x sure either Ireland or UK) Aku jalan n jalan, belfast x dele besar sangat cammane pon. Tapi kalau tersesat memang habis le. So, nak tau kalau kita berada dekat tempat yang betol or tidak, just make sure yang the city hall, berada berdekatan dengan kita. Kalau dak, memang dah sesat dan tanye jelah kat orang where is city holll (uk accent). Kalau kat dublin nak makan mahal n x banyak kedai makan, kat sini lagi melampau.. dahle dlm pound sterling.. pastu tak banyak n takde kedai halal lak tu kat city centre... so terpaksele aku makan McD je...

Since aku cume buat daily trip je kat belfast, n aku takde orang nak bawak2 aku jalan2 in case kesesatan atau apa, aku decide yang aku amik bas merah bawak city tour around dublin tu. So, bayar 9 pound, the bus bertolak siap ada tourist guide agi.
Sepanjang perjalanan aku ke kepulauan Ireland ni, itulah pelaburan yang paling membuahkan hasil. Ngan 9 pound, the next 1h sangat informative kat aku. aku sedar yang kat Belfast ada sebuah leaning tower, Albert Memorial Clock tower, yang aku pusing2 5-6 kali sebelah tower tu tp x sedar pon yang die tu bengkok. Rupa2nye, dekat Belfastle orang buat Titanic, kat Harland and Wolff's pelabuhan. Tempat ni cam sangat menarik untuk dilawati walaupun ia hanya sekadar pelabuhan. Tp dia akan tunjuk kat mana tempat orang buat titanic, n ada satu tu die tunjuk satu bot kecik ni yang tarik titanic. Ada gak kat sini muzeum pasal titanic tp since aku x de banyak mase, aku takdele singgah untuk masuk n tengok muzeum tu.

Satu lagi benda yang menarik, yg aku x tau n aku baru tau lepas naik bas ni ialah tempat tinggal or tempat duduk George Best. Benda ni pun aku perasan lepas naik bas tu dan nampak satu daripada berdozen2 murail yang ade kat dinding. Sangat menarik, meaningful dan lawa murail2 itu. Dengan tengok murail tu jugak aku dia explain pasal peristiwa Bloody Friday, n ada satu murail ni pasal orang tuntut kebebasan iraq sume, pasal bush sume ada.. murail2 ni tempat diorang nak lepaskan perasaan diorang le kirenye.



Itule antara tempat-tempat menarik kat belfast. Dekat2 nak sampai kat destinasi terakhir tu ada jugak nampak Waterfront Hall, aku ingat shopping mall kat Belfast ( Dah tourist guide tu kate ade cinema sume dalam tu) rupa2nye, it's just an exhibition hall n concert hall. Benda ni baru jugak dibuat n jadi landmark untuk bandar Belfast. A must-seen place, bukan sebab mende ni lawa, tp panorama bandar belfast dari sini sangat menarik. Ada nampak sungai semua, kira okle daripade dalam bandar yang choatic nak mampos tu.

Finally, sebelom balik (trip habis kul 4 n my bus is at 6) aku pon jalan2 dekat dalam bandar sambil mengwindow shopping. Not as big as dublin, tp kat sini adale premise2 yg hanya terdapat di UK, terutamenye French Connection nye tmpt shopping (kat Dublin ada gak tp sangat tersorok) Susah sket nak dapat souvenir, the only place nak dapat pon maybe kat banguan tourist (welcome to Belfastnye bangunan)

One regret... Belfast merupakan satu bandar yang lawa tapi daily trip is not enough. I should spend at least another day here and lawat giant causeway, satu tempat yang orang kate hasil daripade eruption volcano, menyebabkan batu-batu kat sini semua jadi heksagon. One of natural wonder in UK. N to go there, kena spend one day (perjalanan from belfast dah 2-3 jam dah) maybe one day, kalau ada kesempatan, i'll be there.

That's all for this trip... this is my evaluation of my own trip

tempat melawat 4/5 (Banyak tempat2 menarik, n kalau naik bas 9 pound sgt berbaloi dbb die scattered merate tmpt untuk melawat)
tempat makan 0/5 (teruknya... takde ape nak makan)
shopping 2/5 (Tak banyak sangat boleh shopping pon.. tp ada butik2 yang xde kat france)
communication 0/5 (No reason for me 2 be there, just nak visit tempat je)
easy access 2/5 (kalo naik bas 9 pound sgt berbaloi, leh lawat merata, tp kalo dak jauh gak satu tmpt menarik ke satu tmpt menarik yg lain)
Perbelanjaan 3/5 (Boleh tahan le sumel... tak mahal tak murah)

By the way, utk name post ni, mase kat belfast tu cam banyak gile iklan utk UFC. Diorang dah start UK UFC.. Ada UFC yang dibuat kat Belfast's arena..

A+ utk my trip kat London lak..

The rules about UFC.. There is no rules..

Friday, May 4, 2007

The one with the boobies

the one where Shamil doesn't like dog

Shamil ada tulis satu poem kat aku sempena kedatangan aku ke Dublin. Bile bace, terharu x terkate lak aku.. aku nak balas.. tapi apekan daya, aku tak mampu nak tulis seindah dan secantik dalam bahase inggeris.. so aku ingat aku akan tulis dalam bahase pranchis.. Since shamil cam x paham, so lagi misteri dan bermakne le poem ni..

Cher Shamil;

T'etais la tt le temps pdt ma visite à Dublin,
T'as sacrifié le plus important jeu de Manchester,
juste pour etre sur que t'etais la, pdt mon arrivée,
Tu m'as accompagné partout..
Dans la ville, à l'école, au station de bus..
t'etais la.. tout le temps..
meme t'etais à l'état critique pr l'examen..
Merci shamil..
De mon coeur.. je peux rien dire..
Sauf..
Merci...

Un jour..
tu vas te rendre compte..
comment parfois...
l'amitié est plus important pour les hommes,
on ne s'en rend pas compte lorsque on est près l'un ou l'autre,
mais lorsque l'on se separe..
Tu vas realiser ça...

Gambar nite in Dublin dari friendster Shamil

Ok... itu sahaje untuk kali ni.. nampak macho tak? pandai-pandai le ko cari translator untuk ni.. hint: mamat sebelah bilik ko.. kalo pakai voila.fr ke, online translation ke takkan jadi sebab aku dah letak banyak short form supaye online translation x leh detect.. baru digital fortress sket.. huhuh


Tell her that I am exteremely allergic, and I will sue!

Thursday, May 3, 2007

The one with all the cheesecakes

Dublin merupakan salah satu bandar di mana terdapat ramainya students Malaysia kat situ. Aku decide untuk ke Dublin, bulan 2 lalu selepas chat ngan amir apis, one of my friend kat MCKK dulu. So what I did was, aku beli tiket Ryan Air 58 euro pergi balik dari Brussels Charleroi - Dublin, and then call Shamil (MCKK gak) n bagi tau ttg kedatangan aku ke Dublin. And the trick is, aku x nah kasik tau amir yang aku akan sampai ke Dublin.

So, there I was, perjalanan dari Lille ke Charleroi amik mase lebih kurang 1 jam stgah, 20 minutes bas and then check in. Dengan hanye bawak beg komputer yg aku sumbat ngan baju-baju kat dalam, aku pon berlepas ke Ireland. The trick here is, dengan Ryan Air, kalo kite takde luggage yang letak dalam perut kapal terbang, kite akan dihadiahi ngan satu pass (priority pass), benda ni membolehkan aku naik kapal terbang awal, banding orang2 yang lain. Ergo, aku leh duduk sedekat mungkin ngan pintu kapal terbang, in case flight ni tetibe meletup ke, ade terrorist mengamuk ke etc..

Nothing interesting on the flight, perut lapar tp aku ade beli coklat sket kat duty free sblom berangkat. As aku sampai kat dublin, ade immigration check. Normally, passport malaysia aku berjaye melepaskan aku ngan selamatnye kat sempadan. Untuk future2 visitors ke dublin, make sure when u are visiting dublin, ade name member tempat umah korang nak menetap (n make sure member tu x buat jenayah ape) or name hotel tempat stay n tiket balik.. Semua ni necessary utk kastam kat tmpt tu check yg korang ni nak nak yang berjambang tu bukan terorist.

As aku arrive, shamil dah menunggu walaupun aku baru confirmkan yg aku nak sampai tmpt die malam sblom tu. kitorang naik bas ke city centre . 1 euro 90 sn je tau.. jangan le terpengaruh naik bas2 ekspres yang charge kat ber euro2 ringgit ke dublin cty centre. ade satu bas lompat2 yang ok n cheaper to dublin (no 16A)

kitorang naik bas n borak2 psal kehidupan masing2. cammane ngan harapan kami nak chelsea n manchester masuk final champions league. shamil tlah korbankan game manchester die malam tu ngan bawak2 aku jalan. sampai2, aku btol2 kat berhenti kat tempat idaman aku nak lawat, dublin sphire, apparently, the highest monument in the world. aku pon sgt jakun le tgk mende alah ni, walaupun budak ni cam talk heran ngan tak bangge pon ngan mende alah tu. Tempat pelancongan kat dublin ni boleh dikatakan semue setapak2 je. and on the way nak gi RCSI, tempat diorang blaja, boleh dikatekan aku dah cover hampir 50 % kawasan pelancongan kat sane. Trinity college, O' Connell street, bangunan Heineken, St Stephen Green, Ha'penny Bridge and Dublin City Hall. And as aku jalan2 melihat alam, ternampak le berpuluh2 starbucks, burger king n TGI fridays, things yg korang xleh jumpe kat france bersepah2 kat tepi jalan. Even Kat RCSI tu pon ade Starbucks.

So, as aku arrive kat RCSI (Royal College of Surgeon in Ireland), university tu memang totally berbeza ngan u kat france. dalam satu banggunan cam limkokweng, die ade bilik mayat, lecture hall, tempat main basket, gym, starbucks n tempat blajar. Ade gak tmpt tgk tv sume. Berbanding kat france, waktu aku sampai kul 8 camtu, budak2 masih lepak kat sane, be it Malaysian student mahupun orang putih, n sangat beza ngan bebudak france yg slagi boleh nak habiskan scepat mungkin kelas. n kitorang tgk Man U lawan Milan yang time Man U masih menang.. Malam, tidur kat umah budak2 malaysian, name die 218 kat depan dublin mosque. It is quite astonishing camne rumah yg biasenye 5 orang duduk kat france (T6) disumbat dgn 15 org Malaysian n semua ni sebb rumah2 kat dublin mahal gile. Sian gak diorang n some action must be taken berkenaan problem ni as they recieve only 700 ++euros (penerime euro plg sdikit)

The next day, aku bangun awal n keluar ngan my imaginary friend utk pusing2 around dublin. I just realize camne dublin ni adelah sebuah shopping paradise yg mahal sket. Debenham, mark n spencer, lv, benetton bersepah2 kat bandar ni. Walaupon separuh hari aku window shopping, aku akhirny pulang ngan sebuah plastik beg hard rock cafe je. Situated kat temple bar, kepade pengumpul2 baju hard rock cafe, next time kalau nak gi ke cni carik dekat2 trinity college n kat ctu ade sign gi temple bar.

For the rest of the day, aku jalan2 n cover lagi 30% bandar dublin. dublin castle, dublinia, masuk trinity college, melawat dublin business school.. it is interesting 2 have someone from Trinity College bersame anda kalau melawat Trinity college sebab ade tmpt2 kat dlm tu yg hanye student trinity college je ade access. That's what I missed..

Problem utk melancong kat sini sket ialah makan. Agak susah nak cari makan halal. But the trip in any europe big city is always the same. Kalau nak cari makanan halal, try masuk2 jalan2 yang ceruk2 n lorong kat ctu n normally, u will find kedai makan arab yang halal. N the trick still work in Dublin. However, makanan kat cni agak mahal banding kat France, n jauh mahal banding negara2 europe lain (German especially). I paid 7 euro for a kebab (tanpa fries) n kat France, it's only 3-5 euros. Considering yg students kat ctu terime lbh kurang 700 euro.. susah kehidpn..

However, a must visit kedai makan kat cni ialah briyani masjid. Tak terlalu mahal, jusk ask for dublin mosque n kat ctu ade satu kedai brianil No doubt, the best briyani in Dublin. Alang2 dah gi mosque tu leh le smayang kat mosque tu skali. and at one time, btol2 lepas aku makan briyani ngan amir ngan shamil kat kedai tu, kitorang2 tgh lepak2 dlm bilik smbl menernak ttb ade housemate shamil dtg n jerit2 briayani free, briyani free.. aku pon ape agi.. tak baik tolak rezeki.. perut penuh pon penuh le.. aku gi aje

Slain tempat2 makan ni, nowhere else interesting to eat. I tried the bagels (donut) . UK is very popular for its donuts and visitors should give it a try. It's totally differents from the 30 sen donut kat kantin skolah. Selain tu, the rest of my trip, i spent in Starbucks, eating cheesecake and chocolat frappucino. ca fait longtemps j'ai pas mange des cheesecakes..

Well, itujelah pengalaman jalan aku kat ireland dan aku cam nak kasik markah untuk perjalanan aku kalik ni..

tempat melawat 3/5 (Tmpt lawat sesuai utk daily trip, mudah utk accessible tp xde wow)
tempat makan 1/5 (X bnyk makanan halal n sgt mahal kalo ade pon)
shopping 3/5 (Mengingatkan ko ngan tmpt2 shopping di Malaysia tp mahal sket)
communication 4/5 (dpt jumpe kawan2 sume, cume ilang 1 markah sbb kali ni jln sorang)
easy access 3/5 (x byk problem kat airport n org dublin sgt friendly)
Perbelanjaan 3/5 (X mhl utk pergi, souvenirs sgt murah, tak byk hbs duit sgt)

Contribution: Utk shamil yg menjadi tulang belakang dlm projek utk mengsurprise kan amir ni, amir yg kasik tmpt tido, najlaa yang memberi makanan sgt sedap n enak, penghuni2 218, ade yg masakkan makanan, kasik tido, borak2, ajak gi makan kat masjid... trima kasih bebanyak

-boyfriends n girlfriends can come n go but this (friendship) is for life-

Wednesday, May 2, 2007

The one where it all began

Setelah diajak, dihasut dan dipengaruh oleh si Shamil kat Ireland, aku decide untuk buat satu blog, tak tau le untuk kali ni bertahan berapa lama.. Tujuan blog ni just untuk reflect balik apa yang aku dah buat selama kehidupan aku kat france ni, and at the same time, aku akan log kan sume aku nye writing-writing untuk article LaGenda (Malaysian students kat France punya association kat dalam blog ni)

Dalam blog ni, apa yang korang boleh expect dan baca ialah:

1) Kehidupan aku selame jadik manusia ni, baik kat France ataupun Malaysia
2) Pendapat aku tentang current issue
3) Pengalaman travel aku.. aku akan try ingat balik semua perjalanan yang aku pernah lalui sepanjang life aku dan aku nye observation sepanjang perjalanan tu.
4) Review, be it books, series and movies review
5) Link-link dari youtube.
6) and macam aku stated kat atas, artikel-artikel yang pernah aku tulis untuk Masaf's Newsletter.

Therefore, aku expect audience untuk blog ini ialah:
1) Member-member yang kenal aku nak tau ape yang jadi kat aku skang
2) Malaysian students yang nak tau tentang kehidupan students kat France.
3) Orang-orang yang nak travel dan nak tau tempat-tempat menarik yang pernah aku lawat.
4) Mereka-mereka yang nak kasik feedback kat artikel aku tulis kat LaGenda

So, harap-harap semua akan berjalan lancar dan aku ucapkan selamat berjaya kat blog aku ni