Memberi penghargaan kepada kimal dan adik kimal yang datang dari jauh, aku menguruskan satu trip untuk diorang ke 5 bandar (7 le kalo masuk lille n paris).. sgt berbaloi percutian kimal bersame Jep travel agent.. sekarang ni bolehle bace pakej percutian kimal.. kalo ade yg berminat marilah.. yg pergi dalam 7 orang kimal dan rakan2 sekelas aku, n cost sorang bayar lebih kurang 90-100 euro termasuk transport n penginapan.( gambar seblah ni gambar kat Dan Haague nye bangunan pentadbiran)
Anvers (Antwerpen)
Bandar pertama persinggahan kami ialah Anvers, atau Antwerp dalam bahasa Englishnye.. perjalanan dari Lille ke Antwerp mengambil masa lebih kurang sejam stgah dalam kereta (lebih kurang sama perjlanan Lille-Brussels). Antwertp merupakan sebuah bandar yang sangat terkenal dengan berlian. Memang berlian bersepah2 di tepi jalan untuk dijual. Tapi macam kami sampai agak lambat, dalam pukul 830, jadi kedai-kedai berlian semua tutup. Memang bandar ni sangat terkenal le dengan berlian, jadi kalau mahu ke mari, bersiap2 le dengan duit yang banyak n berlian cni hargenye xde le murah.. lebih kurang je mane2. Selain itu, ada satu square yang lebih kurang macam grand place kat Brussels.. tapi mase kitorang pi, ade cam konvoi kereta antik.. so bergambar sakan le kitorang ngan kereta antik..
Bose Amsterdam
Kami seterusnya bertolak ke Amsterdam selepas konon2nye lepak stgah jam kat Antwerpen (habis aku kene makan dalam ngan kimal sbb kitorang shopping kat sejam stgah) Kami terus bertolak ke Amsterdam malam tu.. bertolak dalam pukul 10 lebih, tapi perjalanan malam tu sangat mencabar.. aku bukan main pecutle nak sampai hotel dalam kol 12.. tp ade satu jalan jam yang sangat teruk.. tersangkut kat 2-3 jam jugak .. lepas jam tu.. nak cari hotel satu hal
Hotel ni name die Bostel Amsterdamse Bose, so aku letak le kat GPS aku tu Amsterdamse Bose... rupa2nye Amsterdamse Bose tu maksudnyer cam hutan simpanan amsterdam.. 2 -3 kali gak kitorang meredah hutan simpanan tu (dengan opel zafira kitorang) mmg gaye2 cam cite jangan pandang belakang n cermin btol me) kat sejam 2 mencari.. last2 tak jumpe.. ingat nak decide tido dalam hutan tu je (ni memang hutan betol tau.. cam kat FRIM KL) nasib baik le lepas tu ade polis tahan.. kasik jalan.. rupe2nye hotel tu di sebelah entrance hutan.. sampai2 hotel kol 2 30 pagi ade orang2 yang tengah happy n high lpas hisap weed.. nasib baik hotel ni (camping site ye) dah sediakan tmpt tido utk kitorang.. masuk tido.. n dah x ingat dunia dah..
Zaansche Sans
Paginya kami bertolak dari Amstelveen (by the way hotel kami kat Amstelveen, 20 minit from Amsterdam) merentasi Amsterdam, untuk menyinggah di Zaansche Sans.. Kali ni kami tukar driver memandangkan si driver utama ni kepenantan kat 7 jam memandu smalam.. Zaansche Sans ialah must visit place bile ke amsterdam.. tapi die tak terletak di bandar amsterdam . Walaubagaimanapun, ada bas yang menghubungi centraal ngan tempat ni n tiketnye haraga 2.50 euro. tapi kami naik kete kene bayar parking 6.50.. tempat ni ade windmill le kalo nak disimpulkan.. tapi die nye pemandangan sangat menarik... ada windmill yg banyak2 n kandang kambing n yang paling penting ade tempat buat keju..
Jangan lupa rasa keju smoked cheese.. rasanya sangat lain berbanding dengan keju2 yang pernah aku makan di France ni.. N, sangat bertuah bagi aku, hari yang aku datang tu ada cam open day salah satu windmill di sini, so kami boleh naik dengan percuma, ada makan2 n minum2 dan juga ada explanation dari engineer2 windmill ni, slack aku tak paham jele..
Amsterdam
Selepas 2 jam berjalan2 di sana, kami bertolak ke Amstedam yang betol2 Amsterdam, n aku decide untuk parking di Amsterdam Arena.. memang aku nak singgah Arena pon sebenarnye sbb nak beli cawan ganti cawan telo aku pecahkan .. Mula2 sampai memang sangat terkejut tgk tempat ni.. sangat moden n meriah (ada shopping complex sume) Sangat berbeza dengan semua stadium2 yang pernah aku lawati (beberapa stadium uk, france, Itali n Turkey) Walaupun team x sehebat mane , tapi sangat kaya n canggih..
Aktiviti seterusnya adalah aktiviti bebas di bandar Amsterdam di mana kami berpecah kepada 3 kumpulan, aku dan miss potter.. kimal dan adiknya dan satu group lagi member2 french aku.. Kami boleh buat apa saja di Amsterdam n berkumpul semula di Amsterdam Arena jam 6. Dengan berbekalkan tiket metro 6.50 daily tiket n sebuah guide metro yang boleh didapati di information counter amsterdam (benda ni sangat essential untuk jalan) aku pon meneruskan perjalanan aku di sini..
Seperti biasa destinasi utama aku adalah hard rock cafe n sangat mencabar untuk mencari hard rock cafe kali ini.. tp lokasinye boleh di detect di buka panduan public transport yang diedarkan oleh pihak bandaraya Amsterdam.. Kemudian aku meneruskan perjalanan berpusing2 n berjalan2 ke jalan utama diorang yang ada banyak kedai2 yang menjual barang (barang je tau bukan orang) n sempat juga aku melalui beberapa kawasan pelancongan. Untuk makan, kat sini sangat mudah.. Ada KFC yang halal dan juga kedai kedai kebab yang boleh didapati di merata-rata Amsterdam. Tapi awas, harganya mungkin agak mahala sedikit berbanding dengan harga di France.
Lepas makan, aku cam nak menghayati detik2 terakhir di sini.. Mengambil bus tour merupakan satu aktiviti yang menarik tapi kat sini tak banyak bus2 tour sebagaimana di bandar lain (UK especially) tp ada penggantinya.. tour boat.. Aku pon bayar 11 euro untuk naik tour boat selama sejam mengelilingi canal2 di amsterdam..
terdapat pelbagai syarikat yang menawarkan khidmat bot pada harga yang berbeza n jangka masa yang berbeza.. jadi buat survey betol2.. Tapi for me, benda ni tak berbaloi sangat.. Takdelah seinformatif bus ride yang aku naik di belfast dulu. Harus diingatkan yang tour ni berjalan dalam 3 bahasa, english, dutch n german.. jadi informasi yang diberi adalah sepadat mungkin.. so.. maybe lepas ni korang boleh pikir dua kali sebelum decide nak naik boat.
Banyak tempat yang boleh dilawati di Amsterdam tapi dalam jangka masa yang singkat aku takleh buat sume benda. Anne Frank House, Van Gogh Museum, Sex Museum (oopss), Madam Tussaud, taman2 di Amsterdam, tapi tak sempat buat.. Walau bagaimanapun, aku percaya, dengan jarak 3-4 jam je dari Lille, ini bukan kali terakhir aku ke sana.. n setiap kali aku ke sana aku boleh buat satu benda yang berbeza..
N untuk mereka yang tak tahu, Amsterdam merupakan tempat orang sangat happy.. Drugs boleh didapati di merata2 dan juga hiburan.. Kitorang siap jumpe gula2 perisa marijuana, biskut marijuana sume.. n gambar ni menunjukkan camne kat tgh2 bandar tu kite leh peluk2 pompuan secara percuma.. Bagi mereka yang live life cool.. hahah datangle ke mari
Rotterdam
Bandar seterusnya destinasi kami ialah Rotterdam, sebuah pelabuhan yang terbesar di Europe. terletak lebih kurang sejam stengah dari Amsterdam, Rotterdam ni ibarat KL (dengan bangunan yang modern dan maju) yang terletak di tepi sungai yang cantik dan lawa. Kami menginap di sebuah Youth Hostel (Hostel Room Rotterdam) Lokasinya agak strategik di tepi jambatan yang korang boleh tgk dekat gambar ni.. Malangnya kitorang tak habiskan banyak sangat masa di Rotterdam, memandangkan waktu sampai banyak kedai2 dah tutup (sampai kol 10 malam kedai mana nak bukak lagi) n keesokan harinya, kami ada masalah dengan GPS yang bawak kitorang keluar dari Rotterdam pdahal kitorang nak pergi kat menara dia, dia bawak balik Lille..
Tapi dalam masa yang singkat ni, banyak benda yang kitorang dapat hayati. Kemajuan banggunan2 di sini menyebabkan korang sangat rindu dengan Malaysia.. Kitorang buat tour malam tu menaiki kereta sekeliling bandar ni.. driver malam tu (driver US) bawak kitorang pusing2 dekat sejam turun naik jambatan n kluar masuk terowong bawah laut.. sampai ada orang blakang tertanya2 "kenapa pergi makan cepat, balik jauh" dengan suara innocent tak paham2 yang kitorang dah sesat..
N di sini gak berlakunye sedikit konflik antara aku dan kimal yang dah hidup 5 tahun di MCKK dulu. Disebabkan seorang gadis jepun yang duduk sebilik ngan kitorang, berlakulah sedikit peristiwa seperti menikam blakang member, mengambil hati gadis jepun , ambik tiket metro kawan untuk dioffer kepada gadis jepun, nak hantar ration kat gadis jepun dan sebagainya.. last2nye niat kami untuk menackle gadis jepon itu punah apabila seawal pagi, dia dah meninggalkan bilik untuk ke Amsterdam tanpa mengucapkan goodbye kepada salah seorang daripada kami...
Sebelum keluar dari Rotterdam hari terakhir perjalanan kami, sempat singgah melawat rumah kiub. RUmah ni betol2 terletak di tepi jalan , berbentuk kiub n dibuka untuk dilawati.. dengan bayaran 2 euro korang bolehle discover pemende yang diorang buat kat dalam tu n apeleh yang bestnye dapat duduk kat rumah cam gitu.. N mungkin seni n rekacipta rumah ini boleh dibawa balik ke Malaysia satu ari nanti
Dan Haague
Macam macam nama bandar ni, Dan Haague dalam dutch, La Haye dalam french, The hague dalam English n Haguehaven mengikut GPS kami. Bandar ketiga terbesar di Holland n merupakan pusat pentadbiran Holland. Tapi sangat berbeza dengan Putrajaya, n surprisingly, bandar ni sangat menarik dan lively walaupun kitorang datang di pagi Ahad. Ada satu jalan yang banyak shopping complex, library yang sangat besar n cantik, architecture bandar ni jugak macam sedikit tradisional dan dicampur dengan sedikit kemodenan, sangat berbeza ngan Rotterdam yang sangat maju (mcam typical french building versi holland gak le)
Aktiviti kami di sini, berjalan2 sedikit untuk melihat alam n shopping souvenirs n makan sebelom kami menuju ke destinasi terakhir Scheveningen (macam lagu Greenday lak)
Sebelum terlupa, bandar ni terletak lebih kurang 45 minit je dari Rotterdam, sejam lebih dari Amsterdam and 2 jam stengah dari Lille.. (dia ni atas sikit dari Rotterdam) N diingatkan ianya sangat berbaloi untuk dibuat daily trip..
Sampai budak2 ni kene marah2 ngan ketua kontijen sebab diorang tak abis2 nak shopping souvenirs ketua kontijen dah mengamuk dah nak panggil sume masuk kereta.. kereta kan nak kene pulang sebelum pukul 6 petang.. so kasik diorang lawat sekejap jelah kat sini.. N by the way , kat holland , culture indonesien boleh dikatakan termasuk dalam culture diorang skali. Orang indonesia bersepah (tapi mereka senyum ye bile terserempak denga orang lain.. hmm) begitu juga dengan restoran indonesia.. tapi berhati2 dengan kehalalannye.. ade restoran indonesia yang obviously x halal dengan menjual babi masak lemak cili api n sate babi dan ade juga restoran yang walau zahirnya tak jual babi, tapi bila ditanya, "kalo mahu halal, pergi ke kedai lagi satu ya.. yang ini.. enggak tahu" .. so jangan segan silu nak bertanya dalam bahasa jati kita kalau restorang tu halal ke tak..
Scheveningen
Benda ni ibarat port dickson untuk seremban, begitulah scheveningen untuk dan haague. Pantai yang terletak kira2 7-8 minit dari dan haague ni bukan sekadar pantai biasa, dia ni pantai yang telah dicommercializekan. Kami singgah disini berbekalkan bekal masing2 untuk picnic sebelom perjalanan pulang ke Lille. Tap ramainya orang di sini, nak parking sampai kene tunggu berjam2.. sampai ada satu lagi minah kat blakang tu siap tanye agi "what are u waiting for" ngan muke blur n innocent tak prasan yang orang tengah tertekan tunggu parking.. tapi skali dpt parking.. it's worth it.. konsep pantai ni camni.. cube bayangkan, kalau genting highland tu, dia tak buat di atas bukit, tp di tepi pantai port dickson..
haa.. camtu le dengan pantai ni.. ada kasino, ade bungee jumping, hotel stok2 palace of golden horses.. n orang sgt ramai.. dan kepada mereka2 yang dari US misalannye, boleh tgk camne rupenye pantai europe (tak habis2 nak tgk orang mandi pakai baju ke tidak) huhu takdelah.. kimal kan baik
Lille
Kami pun akhirnya pulang ke lille selepas abis makan.. perjalanan 2jam stgh n terlewat stengah jam pulangkan kereta.. harap2 takde denda...
Harap semua orang terhibur dengan trip yang tak seberapa ni.. terutamanye kimal n amir yang datang dari jauh.. maaflah atas segala kekurangan.. kene tido campor sume.. tunggu lame.. or maybe tak sediakan plan yang menarik.. Terima kasih sebab datang.. sangat seronok korang datang.. and sorri kalo x dpt layan sebaik2nya.. Enjoy the rest of your trip n jangan lupa datang lagi.. kepada yang lain.. harap dapat informasi yang secukupnya mengenai trip aku...
Selamat pulang ke Malaysia bagi mereka yang bakal pulang...
Wednesday, June 6, 2007
Berjalan2 di 5 bandar
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
8 comments:
mana ann?
ni kamera ann ni.. sume gambar die amik or ade gambar die sorang2.. baik aku amik gambar yang ade aku.. huhuh
oit.lepas nie bawak aku pegi jalan2 plak..damn it kimal..pegi ngan aku tak nak
amsterdam mahal?
bkn murah k?
kfc 9euro da dpt 18ktul wing ngn pepsi 2botol..
mcd lak bley dpt sundae cone 35centime j.
alim..
takpe2 lepas ni ko nye trip kita buat besar2an .. gi spain ngan itali.. huhuh kimal kate die nak ikut ko..
tk
kfc murah le.. tp kalo kebab or makan2 lain di holland, 5 euro tu kebab sahaje tanpa fries n cume sebesar segenggam tangan, or maybe kalo makan kebab dalam pinggan 15 euro sume... mahal le banding france or belgium n especially german
wahh jepp.sakan yer..byk mase bjln ek. korang stage lagi ke ape ni?
k amy
seaje je menggunakan sisa masa yang ade.. skarang ni ade kelas.. tp saje jalan2 waktu weekend.. xnak jalan2 sblom back for good ke? huhuh
amboi,banyak duit kimal,nak ikut aku plak nanti.hahah..
orait bro...aku tgh plan nie.spain ngan italy antara dlm list..heheh..
Post a Comment