Memang pelik, ada tips dari pelbagai tempat but not for Paris.. so.. memandangkan ada special request, aku pon ceritalah sedikit sebanyak tentang tips2 berjalan di Paris..
Asal2 tiba dari airport je, ada pelbagai cara untuk hubungkan paris ngan airport (yang terletak dalam stengah jam dari paris) sama ada bas ataupun RER. Memandangkan aku tak pernah naik bas, aku sentiasa suggestkan RER untuk sesape saja yang datang ke Paris ni. Terdapat dua pilihan
1) Tiket Paris Visite yang berharga 17.05 euro
Tiket ini membolehkan anda berjalan tanpa batasan selama satu hari menaiki semua public transport Paris. Tiket Paris Visite ni agak mahal sebab dekat Paris ni ada banyak tiket yang membolehkan kita naik unlimited access to public transport (akan dihuraikan di bawah) tapi cume tiket paris visite ni je yang boleh gunakan untuk ke airport
2) Beli tiket Airport- Paris 8.20
ini memang tiket pakai sekali je lah . untuk ke mane2 tempat dalam paris. lepas tu nak bergerak dalam paris kene beli tiket seunit yang berharga 1.50 ataupun boleh beli ten for 11.10 euro. tapi bear in mind yang tiket ni hanya untuk dalam paris sahaja (zon 1) untuk check zon2 tempat2 kat paris ni boleh tgk map metro ni.
Asal2 tiba dari airport je, ada pelbagai cara untuk hubungkan paris ngan airport (yang terletak dalam stengah jam dari paris) sama ada bas ataupun RER. Memandangkan aku tak pernah naik bas, aku sentiasa suggestkan RER untuk sesape saja yang datang ke Paris ni. Terdapat dua pilihan
1) Tiket Paris Visite yang berharga 17.05 euro
Tiket ini membolehkan anda berjalan tanpa batasan selama satu hari menaiki semua public transport Paris. Tiket Paris Visite ni agak mahal sebab dekat Paris ni ada banyak tiket yang membolehkan kita naik unlimited access to public transport (akan dihuraikan di bawah) tapi cume tiket paris visite ni je yang boleh gunakan untuk ke airport
2) Beli tiket Airport- Paris 8.20
ini memang tiket pakai sekali je lah . untuk ke mane2 tempat dalam paris. lepas tu nak bergerak dalam paris kene beli tiket seunit yang berharga 1.50 ataupun boleh beli ten for 11.10 euro. tapi bear in mind yang tiket ni hanya untuk dalam paris sahaja (zon 1) untuk check zon2 tempat2 kat paris ni boleh tgk map metro ni.
Bile beli tiket metro sila minta peta, peta kecik supaya senang buat reference. Tak payah susah2 nak print website nye peta
Aku juga ada cakap yang terdapat tiket2 metro lain yang dijual.. di sini aku berikan nama tiket metro tu dan kenape korang x patut beli as korang sampai dari airport.
Aku juga ada cakap yang terdapat tiket2 metro lain yang dijual.. di sini aku berikan nama tiket metro tu dan kenape korang x patut beli as korang sampai dari airport.
Ticket jeune
Untuk bawah 25 tahun. harganya 3.20 untuk zon 1-3 dan 6.40 untuk zon 1-6. Hanya boleh dipakai weekend dan hari cuti umum. Takleh pakai sampai airport. Unlimited access untuk the whole day.
Ticket Mobilis.
Harga dari 5.60 euro- 12++ (ikut zon). Boleh dibeli hari-hari biasa. tapi x boleh digunakan sampai ke airport. Unlimited access of transport untuk the whole day.
Boleh check website RATP untuk maklumat lanjut.
Untuk hotel, my favourite will be Accor group punye hotel. Hotel Formula 1 dan hotel etap sangat murah (bezenya... formula 1 toilet share tapi etap toilet dalam bilik). Tapi kebanyakan hotel-hotel ni terletak dekat pinggir paris and susah sket nak access ke paris (sebab tu murah). Always check with mappy lokasi hotel2 ni banding ngan stesen metro and check stesen metro tu gak supaye tak terlampau jauh dari pusat bandar.
My favourite hotel is formule 1 St Denis Stade. terletak dekat dengan stadium France (stadium world cup 98 dulu) and sangat dekat dengan stesen RER. Senang untuk ke paris. Harga pon xdele mahal sangat .
Bear in mind yang harga untuk hotel2 formule 1 and etap adalah untuk 3 orang sebilik..
Ok.. abis cakap pasal teknikalnye tempat, skarang ni jalan2 kat Paris pulak.. apa yang menarik untuk dilihat.
Eiffel tower (Zone 1- metro champ de mars line 6)
Ala mende ni cam wajib le pulak nak pergi, kalau x tulis sure macam pelik je. Kalau nak pegi, pegilah awal2 pagi sket untuk mengelakkan beratur panjang untuk beli tiket.. dalam 11 euro camtu dapat naik sampai ke tingkat atas sekali. Dekat bawah-bawah mende ni ade orang-orang bangla menjual keychains.. sangat digalakkan untuk beli kat cni.. tapi make sure negotiate betol2.. harga standard se euro satu.
Waktu malam pon best untuk pergi, sebab dia pasang lampu. Lepas tu sejam sekali, lampu tu akan berkelip2.. sangat lawa untuk diambil gambar kalau ada camcorder..
Champs Elysee (Zone 1 Charles De Gaulle - Etoile - line 1, RER A)
Etoile ni ialah round about paling berbahaya kat dunia ni. Syarikat insurans taknak membayar balik apa-apa kemalangan yang berlaku kat dalam round about ni. Kalau nak keluar dari Metro, ikut sign Arc de Triomphe, adalah sebuah mercu tanda yang sangat popular di Paris. Memperingati kemenangan perang dengan England di Austerlitz. (Lebih kurang cam tugu negara le) Lepas tengok tugu ni, bolehlah lalu Champs Elysees, jalan tercantik di dunia, dan sewa kedua termahal di dunia (Selepas Fifth Avenue). Kat sini ada macam-macam kedai-kedai dan butik-butik yang menarik, make sure lawat butik RENAULT, Louis Vuitton (di sebelah kanan jalan kalau anda membelakangi arc de triomphe) dan juga butik Disney (kiri jalan) . Kat sini nanti adalah orang yang akan tanya can you speak english.. and maybe orang tu mintak pelancong2 asia belikan beg louis vuitton.. just abaikan orang2 tersebut sebab mereka ni adalah sindiket-sindiket beg cetak rompak dari China.
Perjalanan ke LOUVRE
Nasib baik ada Da vinci code, kalau dak takde orang tau Louvre tu apa. Terdapat dua cara untuk pergi ke Louvre. Pertama, dari Champs Elysees tadi, terus je jalan sepanjang jalan tu (sambil tengok butik-butik kiri dan kanan) dalam 1 km, anda akan sampai di place de concorde (Concorde square, square terbesar diFrance) Dekat tengah-tengah square ni ada satu obelisk yang dihadiahi Mehmet Ali (Egypt) dan obeliks ni berasal dari Luxor (Egypt). Dekat obeliks ni jugakle pernah terletaknye guillotine untuk memotong kepala raja-raja dulu waktu revolution.
Lepas tu, akan ada taman, jardin de tuilleries. taman ni pon dipopularkan oleh Da Vinci Code. Biasa je, it is just a taman, tapi taman ni popular sebab Da Vinci Code je le.. Lepas tu bolehlah enter ke Louvre.
Tapi jarak Arc de Triomphe ke Louvre ni dalam 1.5 km gak. Kalau dah letih sangat, boleh teruske Louvre naik metro
Louvre (Zone 1 - metro Pyramides)
Piramid kaca ni used to be my favourite monument in the world (skarang dah depan mata dah x fevret dah) Popular sebab Da vinci Code (again), juga kat dalam ni ada lukisan mona lisa (jangan terkejut melihat keBESARan mona lisa dalam ni. Entry adalah free bagi mereka di bawah 18 tahun (kepada junior-junior yang baru sampai, masukle mende ni cepat2 , kang nyesal cam aku) Tapi bear in mind that you need at least half days untuk melawat museum ni (walaupun sekadar meng'usha'usha je. nampak je pyramid kaca, tapi jangan terperanjat melihat kebesaran museum ni.
Notre Dame (Zone 1- RER B atau RER C Notre Dame)
Notre Dame ni pulak popular sebab cerita hunchback of notre Dame tu. Ia hanyalah merupak sebuah katedral. Nak masuk dalam, boleh aje, sekadar untuk melihat2 apa yang ada di dalam. (eh, mase mencari gambar ade maklumat yang katekan gereja ni pernah ada kat cerita Van Helsing) Jangan terperanjat tengok betapa besarnye katedral ni. Bukan macam gereja-geraja kat Malaysia tau. And apa yang menarik lagi kat sini ialah adanya sungai Seine, ada permandangan yang sangat lawa sepanjang sungai Seine tu. kalau nak naik bot pusing2 paris, boleh bermula dari sini . Frankly, mende-mende ni sume aku x nah try.
Kat sini juga (dekat sepanjang sungai tu sume) ada kedai-kedai souvenirs and gift shop. Kat sini merupakan tempat yang murah juga untuk beli2 souvenirs. And kalau berani masuk celah2 lorong kedai2 tu semua (just follow the crowd) akan ada syurga makanan, banyak kedai-kedai makan yang enak2 n kedai2 kebab pon banyak juga. Tapi nak tahu tempat makan paling best kat paris ni.. tunggu sampai bawah entry ni...
Sacre Couer - Quartier Montmatre (Metro Anvers, zone , line 2)
This is my fav monument kat Paris ni. bukan sebab lawa pon, actually die punye suasana sangat menarik. Untuk pergi ke bangunan , kalau keluar metro tu kena naik bukit yang sangat tinggi. Kalau ada kabel car, ok, tapi kalau rosak, naikle tangga yang beratus-ratus tingkat tu. Tapi bila sampai atas, suasananye sangat calm (make sure pegi mase matahari nak tenggelam) Orang akan lepak-lepak tepi tangga, akan dapat the best view of Paris in the evening (kalah eiffel tower) akan ada orang main gitar sambil nyanyi2... memang dapatlah rasa kehidupan orang paris.. n kat area2 atas ni gak ada kedai souvenir yang murah2 jugak, n tempat untuk lukis gambar buat souvenir. Sangat best untuk dilawati (berkali2 datang x pernah jua aku masuk sacre coeur tu) Kalau pernah tengok cerita Amelie Poulain, kat sinilah most of the pengambaran tu dibuat.
Kalau nak turun dari Sacre couer, awas dengan tangan anda. akan terdapat sekumpulan orang2 afrika yang akan memakaikan gelang di tangan anda.. lepas dia dah pakaikan gelang tu, baru die mintak charge yang sangat mahal.. time tu nak bukak dah tak boleh dah.. so elakkan berhubungan ngan orang yang tak dikenali ye
Pigaille ( Zone 1, metro Pigaille, line 2)
Ada apa di sini? takleh cerita lebih2. cume untuk orang yang curious bolehle turun.. hehehe.. dekat je ngan sacre couer tu.. kalau curious singgahle..
Hard Rock Cafe (Zone 1 , metro Grandes Boulevards , no 9)
memangkan hampir keseluruhan baju saya ditaja oleh hard rock, maka perjalanan ke Paris takkan lengkap tanpa membeli souvenir di Hard Rock Cafe. Just nak indicate location dia sahaja, apa yang ada kat dalam macam biase le kan.. bila kluar metro ikut signe musee Grevin
Musee Grevin ni sebenarnye museum patung lilin. Terpulangle kalau nak pergi .. (tapi takdele sebest madame tussaud) ianya terletak sebelah Hard Rock Cafe.
Mosquee de Paris (Zone 1, Place Monge, line 7)
Masjid utama di Paris tu. Frankly speaking aku pon pernah gi sekali je , itupun subuh tak nampak sangat le apa yang ada (bukanlah saya tidak ke masjid, tetapi biasanya saya musafir) Tapi menurut kawan2 yang pernah ke sana, tempantnya sangat besar dan lawa.. Cuba bayangkan aku gi subuh2 tak nampak apa.
Stade De France (RER B , Zone 2, La Plaine Stade De France)
Stadium world cup 1998, juga tempat terletaknye hotel fevret aku tu. Kat sini bolehle korang dapatkan marchandise2 official untuk france punye team. And memandangkan world cup rugby pun dibuat kat cni, maka akan adalah official marchandise utk tagbi jugak.
La Defence (Zone 3, RER A atau metro line 1, metro La Defence)
Once korang jalan2 kat paris ni korang akan sedar yang most of the buildings adalah bangunan2 yang lama2. itu yang membuatkan architecture kat Paris ni unik. Antara tempat yag korang leh nampak kemodenan Paris ni adalah di kawasan la defence ni. Barulah kat sini korang leh jumpa mall, bangunan tinggi2, senang cerita macam KL le. In case kalau korang dah pening kepala dengan bangunan yang uzur2 , why not singgah sini. At least boleh lepak2 sambil minum starbucks (Bukan senang nak jumpa starbucks kat france)
Disneyland Paris (Zone 5, RER A, Marne La Valle Disneyland Paris)
macam tak perlu describe je ape yang ada kat sini, faham2 jele.. disneyland apa lagi yang ada kat sini. Just reminder yang biasanya orang akan habiskan at least satu ari kat disneyland ni. Pandai2 bajet makan sume, and try check disneyland paris punye website, sometimes ade tiket murah yang perlu dibeli beberapa hari sebelum ke disneyland.
Chateau de Versailles (Zone 4, RER C, Versailles rive gauche)
Kedatangan ke france takkan lengkap tanpa melawat istana-istana di france ini. Itulah antara tarikan utama di France ni. And istana tercantik yang paling berhampiran dengan Paris ialah Chateau De Versailles ni. Dibina pada kurun ke 15, oleh Louis 14. Perjalanannya dari paris agak jauh tetapi bila sampai, bolehlah menghabiskan satu hari di sini. Melawat istana mewah, lepas tu ngan taman2 dia sume, kalau malam, kadang2 ada performance. kalau dah tak tahu nak buat apa di paris tu, bolehle melawat chateau de versailles ni.
Strasbourg St Denis (Zone 1)
Tempat aku wajib datang kalau ke Paris.. sebabnye.. makan.. sini memang syurga untuk makan le.. kuar2 metro korang akan nampak KFC.. sure terliur n teringin nak makan .. nak2 orang yang jarang balik Malaysia.. Guess what.. sume KFC kat France ni halal.. so korang bolehle serbu KFC tu dan makanle puas2.. nak bawak balik ke suke ati korang le.. once korang dah muak makan kfc tu, try cari satu pintu gerbang, ala2 arc de triomphe. Bila korang masuk pintu gerbang tu, voila, kiri makan, kanan makan, akan ada satu jalan yang sangat panjang yang ada pelbagai kedai makan india or pakistan dan juga arab. Nak makan beriyani ke, nasi dengan kari ke, tandori ke.. sila2 n harganya juga tak mahal. Dalam 5 euro untuk beriyani (sama harga ngan kebab) .
begitulah sedikit sebanyak tempat2 yang boleh dilawati semasa di Paris ni. Banyak lagi sebenarnya tempat2 yang korang boleh lawat, tapi ni apa yang aku biasa pegi kalau bawak kawan2 datang. In case ada nak tanya apa2 bolehle e-mail terus ataupun tulis je komen bawah ni.. Selamat melancong.. Bon voyage! n yang penting skali, slamat makan KFC halal.. hahaha
6 comments:
tiket bas from CDG-montparnasse mahal, bout 14e.so baik naik tren la cz cepat n lagi murah.
aku dah pernah miss tren cz naik bas, pagi jam so sejam baru smpai montparnasse. huhu
murah gile briyani paris ek. kt sini sampai 14e briyani 2.
kitorang dulu pernah ade pengalaman RER rosak.. kene naik bas.. dahle waktu summer.. pastu menyempit (bayangkanle sumorang dari airport naik bas tu) pastu kat 2 jam kene berdiri berhimpit2.. dia hantar kat place nation je..
briyani paris memang murah.. lille yang terkenal ngan kemurahan makanan ni pon xleh lawan briyani paris nye harge.. tapi kami cni chinese food le murah bangat.. 5 euro untuk three course meal.. nasi, ikan, telor, air dessert.. mai le ke lille.. hahah
sama la kita jepp. kak amy pun suka sgt pergi area sacré coeur, very parisian kan :p especially kat montmarte tu. pegi bekali2 pun tak bosan. rajin btol jepp buat entry paris guide ni. kak amy yg ex francilienne ni pun xpenah buat camtu kat blog :p
haha.. ini gara2 sudah france-sick ni tu yang rajin tu ingat2 balik.. 4 bulan kat Malaysia.. x tahan dah ni.. 3 weeks to go..
Rindunye lepak2 kat tangge montmatre sambil dengar orang nyanyi "everything gonna be alright.. everything gonna be alright..."
huhuhu...
wah jepp.. baik sungguh ko membuat menda ni.. nanti aku gi lawat benda benda alah ni.. heee orait orait.. panjang no tulis.. aku paling suka satu tempat.. tapi kat kawasan courbevoie.. agak jauh sikit a..
pemende yang best tu? aku pon x nah sampai courbevoie.. hahah 4 tahun agi kat france.. aku nak katamkan paris, london ngan brussels dalam mase 4 tahun agi ... hahah
Post a Comment